Bengkel Teknik Belajar Mahasiswa Bitara Di Bilik Seminar Kuching

Telah berlangsung Bengkel Teknik Belajar Mahasiswa Bitara yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) Di Bilik Seminar Kuching.

Seramai 50 Mahasiswa, Pelajar telah menyertai Program Teknik Belajar Mahasiswa Bitara sempena dengan Muktamar PERKEPIS Cawangan kali ke-1.

Bengkel berdurasi 3 jam itu telah disampaikan oleh Encik Mohamad Fazril bin Mohd Salleh (Penerima Anugerah Rektor dalam Fakulti Sejarah dan Ketamadunan; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merangkap mantan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia).

Beliau juga turut berpesan kepada peserta agar terus berusaha dalam meningkatkan kecemerlangan akademik tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat.

PERKEPIS terus komited dalam membangunkan potensi dan kepimpinan pelajar di bandar mahupun luar bandar khususnya Negeri Sarawak ini.

error: Content is protected !!