Kursus Asuhan Permata Di Bilik Seminar Kuching

Kursus Asuhan Permata telah berlangsund di Bilik Seminar Kuching

Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1988.

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja.

Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi. Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.

error: Content is protected !!