Kursus Ternak Lobster Air Tawar Kuching di Bilik Seminar Kuching

Kursus Ternak Lobster Air Tawar Kuching telah diadakan di Bilik Seminar Kuching baru-baru ini mendapat sambutan yang mengalakkan. Ramai yang menuntut ilmu kerana potensi yang besar bagi lobster air tawar ini.

UDANG karang atau lebih dikenali sebagai lobster merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram.

Lobster air tawar (LAT) saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia.Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak.

error: Content is protected !!